Recomienda este artículo a tus amigos:
Bangkitlah, Israel Dr Jaerock Lee
Bangkitlah, Israel
Dr Jaerock Lee
Pada awal abad ke-20, satu siri peristiwa yang luar biasa berlaku di tanah tandus Palestin di mana tidak ada orang yang ingin hidup di sana pada masa itu. Orang Yahudi yang telah tersebar di seluruh Eropah Timur, Rusia, dan seluruh dunia mula tertarik kepada suatu bidang tanah yang dipenuhi rumput, kemiskinan, kebuluran, penyakit, dan azab.
Walaupun dengan kadar kematian yang tinggi akibat malaria dan kebuluran, orang Yahudi tidak kehilangan tahap iman serta cita-cita mereka yang tinggi tetapi mula membina kibbutz (tempat kerja di Israel, sebagai contoh sebuah ladang atau kilang, di mana pekerja-pekerja tinggal bersama-sama dan berkongsi semua tugas dan pendapatan). Seperti pernah dinyatakan oleh Theodor Herzl, pengasas Zionisme moden, yang berbunyi, "Jika anda menghendakinya, maka ia bukan lagi impian," pemulihan Israel menjadi kenyataan.
Tanggapan lazimnya, pemulihan Israel dianggap satu impian yang mustahil untuk dicapai dan tiada sesiapa yang sanggup mempercayainya. Walau bagaimanapun, orang Israel melaksanakan impian tersebut dengan lahirnya sebuah negara Israel yang secara ajaibnya mereka memperoleh kembali suatu bangsa mereka sendiri buat kali pertama setelah lebih kurang 1900 tahun.
Walaupun orang Israel terpaksa berhadapan dengan penganiayaan dan azab berabad-abad lamanya sambil terserak di tanah asing, namun mereka terus berpegang teguh kepada kepercayaan, budaya dan bahasa mereka dan sentiasa berusaha memperbaikinya. Selepas penubuhan negara Israel moden, mereka mengusahakan tanah tandus dan memberikan penekanan yang lebih kepada pembangunan pelbagai industri yang membolehkan negara mereka untuk menyertai taraf negara-negara maju, dan merupakan orang luar biasa yang telah bertahan dan terus makmur walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ancaman yang menggugat kelangsungan mereka sebagai sebuah bangsa.
Selepas mengasaskan Gereja Pusat Manmin pada tahun 1982, Tuhan telah mendedahkan kepada saya melalui inspirasi Roh Kudus banyak maklumat tentang Israel kerana kemerdekaan Israel adalah salah satu tanda akhir zaman dan pencapaian nubuat di dalam Alkitab.
| Medios de comunicación | Libros Paperback Book (Libro con tapa blanda y lomo encolado) |
| Publicado | 3 de abril de 2018 |
| ISBN13 | 9788975579714 |
| Editores | Urim Books USA |
| Páginas | 214 |
| Dimensiones | 140 × 210 × 11 mm · 244 g |
| Lengua | Malay |
Mas por Dr Jaerock Lee
Mostrar todoMere med samme udgiver
Ver todo de Dr Jaerock Lee ( Ej. Paperback Book )